Perkara Yang Perlu Disertakan Untuk Membuat Lesen P di JPJ
PERKARA YANG PERLU DISERTAKAN UNTUK MEMBUAT LESEN P DI JPJ
Bagi yang telah berjaya lulus ujian memandu JPJ tahniah saya ucapkan! Anda sudah pun layak untuk mendapatkan lesen memandu anda sendiri.
Pasti terdapat sebahagian yang mahu mendapatkan lesen tersebut tanpa melalui agent supaya dapat diperoleh dengan harga yang lebih murah. (kerana kebiasaannya charge tambahan dikenakan melalui agent, contohnya agent saya charge RM 15 ).
Untuk pengetahuan, anda boleh mendapatkan lesen memandu anda secara sendiri di Pejabat JPJ berdekatan dalam tempoh 3 hingga 5 hari selepas lulus ujian. Jangan pergi sehari selepas ujian seperti saya hahaha, JPJ masih belum key in lagi nama.
Bagi yang tinggal berdekatan atau di kawasan Putrajaya boleh ke Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Raya di Aras 1, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62020 Putrajaya, Wilayah Persekutuan.
Masa operasi: 7.30 pagi - 5.00 petang ( Isnin- Jumaat)
Antara yang perlu anda sertakan ialah:
1) Salinan Fotostat Kad Pengenalan - 1
2) Salinan Fotostat Lesen L- 1
3) Salinan Fotostat Lesen L Renew ( jika ada)- 1
4) Bayaran ( RM 60 untuk 2 tahun)- saya tidak pasti jika terdapat perbezaan harga bagi setiap kelas lesen memandu, tapi ini adalah harga untuk lesen kenderaan kelas D.
5) Borang lulus ujian memandu.
6) Gambar background putih ( optional- kalau tak ada jangan gelabah ayam huhu, gambar boleh diambil dari kad pengenalan -tapi just prepare untuk sebarang kemungkinan)
Seperti saya, punyalah scan gambar size passport ( background biru), edit sendiri dan tukar background kepada warna putih, sampai sana rupa-rupanya pegawai JPJ kata boleh guna gambar kad pengenalan. Aduh. Tapi kalau korang rasa gambar kad pengenalan tu tak sedap mata memandang 😁😂 boleh sahaja bagi gambar background putih tu. Beri saiz passport pun tidak mengapa.
Last but not least:
7) Kad Pengenalan
Sampai sahaja di situ terus ambil nombor giliran dan isi borang berkenaan kategori serta perkara yang perlu. Sila bawa pen sendiri untuk kemudahan. Akan menjadi satu kesulitan sekiranya ramai orang.
Dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil.
Mudahkan!
Walaupun nampak ringkas , remeh dan ramai yang sudah tahu, harapnya dapat membantu dan memudahkan urusan bagi yang tidak tahu.
Sekian entry saya kali ini! Harap bermanfaat!
Peringatan: Perkara di atas adalah berdasarkan pengalaman saya (20/2/2018)
Kalau guna gambar passport background biru, tak bole ke?
ReplyDeletetak boleh kena background putih jugak jpj nak
DeleteKlau borang lulus ujian memandu hilang ..boleh ke?die org ade nama kite dlm sistem dh kn
ReplyDeleteHi, mcm mana? bole ke buat bila borang ujian lulus hilang? saya punya pon hilang
DeleteCuba tanya ejen lesen korg
DeleteApa jawapan kepada persoalan ni ?
DeleteSepatutnya boleh sebab jpj sudah key in online plus kan ada borang keputusan yang kita serah kepada jpj. Tu boleh jadi bukti yang kita sudah lulus. Laku hanya untuk 2 tahun je untuk buat lesen p, kalau tak... kena repeat.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletekalau wakil yang buat kn boleh ke?
ReplyDeleteBoleh.
DeleteBoleh ke mana2 cawangan jpj atau ibu pejabat sahaja?
ReplyDeleteNak tanya, kalau lesen L tu dah tamat tempoh cukup 2 tahun masih boleh ke amik lesen P? Sebab saya masih ada borang lulus ujian jpj saya
ReplyDeleteHaah xda org jwp pn yg ni.. nk tau jg. Kena idupkan blk ke lesen l tu bru blh idupkn p. Sekolah mmndu dh lh xbtnggjwp. Lpas llus ujian kena pndai2 sndri. Pstu xblh buat online. Yg kt utc pn blh. Nk kena pg yg cwangan je. Pstu time wktu bkerja je dia buka.. ermm entahlh cangih sgt sstem tpi msih xmmbntu.
DeleteNk tnye klau guna gmbar yg background putih tpi saiz untuk lesen bleh ke bkn yg saiz passport?
ReplyDeleteNak tanya contoh dh lulus jpj motor tapi jpj ketera lambat lgi. Berapa lama tempoh buat buat pdl motor sbb nk buat skali kereta, tapi tkut tempoh buat lesen motor ada limit tu risau.
ReplyDeleteaslm hi tumpang tanya. kalau lesen L dah mati tapi belum lebih 2 tahun boleh tak buat lesen P di JPJ ? atau kena renew dulu L baru boleh buat P? mohon penjelasan terima kasih
ReplyDelete